Monday, 17 December 2012
Tuesday, 11 December 2012
COMPUTER APPLICATION IN ART & DESIGN
Cara-cara untuk membezakan lukisan sebenar dan lukisan yang di tekap
untuk menghasilkan perbezaan di dalam gambar ini saya telah menggunakan perisian adobe illustration
untuk menampakkan perbezaannya daripada gambar asal dan gambar yang telah ditekap.
cara untuk menghasilkan lukisan seperti didalam gambar ini saya menggunakan perisian adobe illustration dan menggunakan "pen tool" untuk menekap gambar yang asal
INTERFACE DESIGN
MEREKA BENTUK HALAMAN INTERFACE
Bagi subjek interface design ini saya diberi tugas untuk mereka bentuk dua halaman interface untuk syarikat yang berbeza. Untuk mereka halaman ini saya menggunakan perisian adobe illustration.Nama syarikat tersebut adalah syarikat Cimb Bank dan syarikat Mari Membaca Jawi.
CIMB BANK
ini adalah halaman yang telah saya cipta menggunakan adobe illustration.Halaman ini menerangkan kemudahan dan kegunaan cara-cara untuk mendapat penjimatan kos dan pelbagai ganjaran yang menunggu bagi penyimpan yang paling banyak,mendapt keistimewaan daripada cimb bank dan juga mudah bagi pelanggan untuk melihat perkembangan melalui ini halaman ini.
MARI MEMBACA JAWI
Halaman ini menerangankan bagi sebuah syarikat yang mengajar membaca jawi dengan lebih senang kepada kesemua kanak-kanak. Dihalaman ini kita dapat menekan "clik" pada butan yang di pamerkan di skrin dan ia akan mengeluarkan bunyi dan membaca,dan juga video dengan itu kanak-kanak dapat mendengar dan mengingati huruf -huruf ini dengan lebih senang.
MULTIMEDIA DESIGN
MEREKA LAMAN WEB
Bagi subjek Multimedia Design ini saya ditugaskan untuk mencari sebuah syarikat dan meraka sebuah laman webuntuk syarikat tersebut.Saya telah mengambil sebuah syarikat yang bernama DEAN BATIK . Syarikat dean batik ini menjual pelbagai jenis kain batik seperti baju batik,songket batik dan sebagainya . untuk mengatahui lebih lanjut sila layari di http://www.wix.com/nazrin-flyingboy/deanbatik .Imej dibawah adalah imej yang telah saya reka.
HOME
Nama halaman ini
adalah HOME. Halaman mempamerkan imej barangan yang terbaru kepada pelanggan.
Imej yang dipaparkan ini akan boleh dilihat secara terus.
ABOUT
Nama halaman ini pula adalah ABOUT, ia menceritakan
tentang barangan batik dan sedikit sejarah terjadinya batik, dan dibelakang
tulisan ini ini ada gambar salah satu design batik.
STORE
Nama halaman ini
adalah halaman STORE. Ia memaparkan barangan kami dan pelbagai jenis barangan
dan ketetapan harga sesuatu barang. Halaman ini telah membahagikan barangan kepada
beberape bahagian iaitu Sutera Jacuard,Sutera Crepe,Baju Cotton,Baju Kaftan
Wanita dan akhir sekali Songket.
CONTACT
Nama paparan halaman
ini adalah CONTACT. Halaman ini memaparkan cara untuk pelanggan yang berminat
hendak membeli barangan kami melalui on line.Pelanggan boleh memesan barangan
melalui email atau hubungi kami melalui
nombor yang tertera di halaman.
CONTACT PETA
Nama paparan halaman
ini adalah CONTACT. Halaman ini juga memaparkan cara untuk pelanggan mengetahui
destinasi untuk membuat tempahan melalui peta yang telah disediakan.
CART
Nama halaman ini adalah CART. Halaman ini
memperlihatkan pernyataan jenis, bilangan barangan dan harga barangan yang menjadi
pilihan pelanggan untuk menambah atau
mengurangkan barangan yang telah dipilih
oleh pelanggan.
WARNA
Didalam laman web yang telah saya buat,warna yang
menjadi pilihan saya adalah warna Grey,Putih dan Hitam.Ini kerana kesesuaian
dengan web site Dean Batik yang
memaparkan pelbagai barangan batik dan kesesesuaian reka bentuk dan warna yang
sesuai.warna grey adalah warna yang ringkas yang tidak terlalu terang untuk
memasukkan pelbagai jenis barangan yang berwarna warni,manakala campuran
sedikit warna putih menampakkan lagi keserasian antara barangan yang berjenis malap. Tulisan yang
berwarna hitam akan lebih nampak jelas dengan berlatarkan warna grey dan putih.
Dengan itu, pelanggan tidak berasa sukar untuk melihat informasi yang tertera
di halaman web site.
FONT
Jenis
font yang digunakan dalam proses
penghasilan web ini adalah Tahoma untuk
semua tulisan yang terdapat di halaman website ini, kecuali tulisan logo
syarikat iaitu font Holla.
Setiap
daripada tulisan yang berada di dalam web site ini ialah bersaiz 43 bagi logo
syarikat.Seterusnya saiz 38 untuk tajuk hadapan dan setiap tulisan yang
tertulis disetiap halaman ialah bersaiz 18.
Sunday, 21 October 2012
DIGITAL PHOTOGRAPHY
Creative
Composition.
Lighting adalah salah satu teknik untuk mengambil gambar yang berpandukan arah cahaya.Lighting mempunyai pelbagai jenis cahaya yang boleh diambil iaitu melalui arah cahaya bagi satu sudut pandangan pada satu arah di antara cahaya daripada atas, cahaya daripada bawah, cahaya daripada belakang atau pun cahaya daripada hadapan.
Freeze & Panning.
Freeze adalah salah satu teknik yang sukar diambil kerana ia memerlukan teknik-teknik yang betul seperti untuk mengekalkan objek yang bergerak ketika gambar yang telah diambil.Freeze selalunya digunakan untuk mengambil gambar yang lasak bagi menghasilkan gambar yang menarik kerana tiada gegaran atau pergerakan yang dapat merosakkan pada gambar. Panning juga merupakan salah satu cara untuk mengambil gambar bagi sebuah objek yang bergerak dengan laju,seperti contohnya sebuah kereta yang bergerak laju,motosikal yang bergerak laju.
Still Life.
Still Life adalah salah satu cara yang merupakan koleksi gambar yang diambil dengan pelbagai kreativiti dan kemahiran yang diambil beserta dengan pelbagai objek yang digabungkan melalui objek yang hidup mahupun
bahan-bahan commercial
bahan-bahan commercial
TECHNIQUE DRAWING
Crosshatcing
Untuk menghasilkan lukisan crosshatcing ia memerlukan teknik garisan yang sama dan kemas bagi menghasilkan bayangan pada tangan.
Hatching
Bagi menghasilkan lukisan yang berbentuk Hatching ini ia memerlukan teknik garisan yang tebal dengan menggunakan pensil yang lebih terang unuk menghasilkan bayangan yang lebih gelap pada lukisan tangan ini.
Scribling
lukisan Scribling ini ialah satu lagi teknik lukisan yang membentuk bayangan pada tangan dengan garisan yang berputar dan kemas.
Stippling
teknik lukisan Stippling ini adalah salah satu lukisan yang berasaskan titik untuk membentuk sesebuah lukisan dan berbentuk seperti yang digambarkan. Lukisan ini memerlukan kekemasan didalam menitikkan setiap bayangan dalam keadaan yang kemas.
DRAWING STUDIES
Lukisan yang saya buat dalam tugasan ini adalah mengkaji cahaya dan kesan bayang yang terhasil dari arah yang berbeza
LIGHTING
Cahaya menghala ke bawah
Cahaya menghala kehadapan
cahaya menghala ke tepi
Cahaya menghala dari belakang
POSITIVE DAN NEGATIVE
Ini adalah salah satu tugasan yang telah diberikan kepada saya iaitu menghasilkan lukisan positive dan negative.Lukisan positive dan negative ini adalah berdasarkan dua warna iaitu hitam dan putih sahaja.putih adalah (positive)dan hitam adalah (negative)kebiasaanya lukisan ini dilukis bagi menampakakan bentuk didalam lukisan seperti contohnya yang berada dibawah
POSITIVE DAN NEGATIVE
ini adalah salah satu tugasan yang telah saya laksanakan iaitu lukisan negatif dan positif yang telah digabungkan didalam satu lukisan. Didalam lukisan ini positif(putih) lebih banyak dibandingkan dengan negatif(hitam)
NEGATIVE DAN POSITIVE
ini juga merupakan salah satu tugasan yang telah saya siapkan iaitu lukisan negatif dan positif. Didalam lukisan ini ia menunjukkan negatif(hitam) lebih banyak digunakan daripada positif(putih).
POSITIVE DAN NEGATIVE
Lukisan ini adalah menunjukkakn perbezaan antara lukisan positif dan lukisan negatif
iaitu lukisan ini menampakkan perbezaan warnanya dengan lebih jelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)